Sunday, July 31, 2011

O



One Buck Short

TAHUN AKTIF: 2001 - Kini

GENRE: Punk Rock

SYARIKAT RAKAMAN: Homegrown Recordings

One Buck Short (OBS) merupakan sebuah band Punk Rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2001. Namun, sebelum dikenali dalam industri muzik, mereka sudahpun bermain muzik di majlis-majlis sekolah dan juga pertandingan nyayian sejak di bangku sekolah lagi. Mempunyai EP yang berjaya pada 2003, OBS telah memberi impak yang besar kepada muzik punk rock Malaysia.

Terikat kontrak rakaman dengan Homegrown Records dan Universal Music, OBS mula memasuki studio untuk merakamkan album pertama mereka dengan hasil pertolongan penerbit dan komposer yang berbakat besar Greg Henderson. Single pertama OBS 'Fast Times' yang berbahasa Inggeris dan juga 'Kelibat Korupsi' yang berbahasa Melayu telah berjaya menjadi hit di Malaysia dan juga Singapura.

Di atas kejayaan single mereka itu, One Buck Short telah menerbitkan album pertama mereka yang berjudul 'Halal & Loving It' di mana berjaya diiktiraf sebagai Album Rock Terbaik. Single terbaru mereka 'Khayalan Masa' turut digilai ramai dan telah memasuki banyak carta radio tempatan. Selain itu, single seperti '10:04' dan 'Kerana Tiada Pilihan Lain' turut menjadi lagu pilihan masa kini.

Kehebatan OBS lebih diiktiraf apabila diundang menjadi artis pembukaan konsert artis luar negara yang datang membuat konsert di Malaysia, termasuklah Fall Out Boy di Singapura, Good Charlotte, Panic at the Disco dan My Chemical Romance di Kuala Lumpur.


INI YANG KORANG TAK TAU:


1. One Buck Short pernah membuat 2 persembahan di Sydney Australia pada 2009.

2. Pengurus MTV Asia Marketing & Communications pernah membuat kenyataan bahawa One Buck Short adalah sebuah kumpulan urban punk rock yang hebat dan mempunyai bakat semulajadi yang asli.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/onebuckshort
MYSPACE: http://www.myspace.com/onebuckshort
TWITTER: http://twitter.com/onebuckshort

SINGLE/ALBUM

EP Where Is The Mouse [2005]
Halal & Loving It [2008]
Single - Christmas Morning [2004]

Single - Wait For It (Revolution) [2009]

No comments:

Post a Comment