Zee Avi
TAHUN AKTIF: 2008 - Kini
GENRE: Acoustic, Indie Pop, Folk
SYARIKAT RAKAMAN: Brushfire Records
Dilahirkan di Miri Sarawak, Zee Avi merupakan seorang penyanyi yang dilamar oleh sebuah syarikat rakaman antarabangsa - Monotone Label dan Brushfire Records setelah video muzik beliau ditonton di Youtube. Pada usia 12 tahun, Zee Avi telah berpindah ke Kuala Lumpur dan mula bermain gitar pada usia 17 tahun. Kemudian, Zee Avi menyambung pelajaran beliau dalam bidang fesyen di American InterContinental University di London.
Pada tahun 2007, Zee Avi mula merakamkan lagu dan meletakkannya di Youtube untuk tontonan rakan beliau. Namun begitu, video Zee Avi mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pelbagai individu termasuk dari luar negara. Zee Avi yang teruja meneruskan rakaman lagu sehinggalah untuk lagu terakhir beliau yang berjudul 'No Christmas For Me' di mana beliau dapat banyak maklum balas positif. Antaranya dari Patrick Keeler dari The Raconteurs yang kemudian memberi link berkenaan kepada Ian Montone yang memiliki Monotone Label.
Zee Avi kemudian terbang ke Los Angeles untuk merakamkan lagu 'No Christmas For Me' bersama-sama Robert Carranza di Brushfire's Solar Powered Plastic Plant untuk album Krismas 'This Warm December, A Brushfire Holiday, Vol 1'.
Single pertama Zee Avi 'Bitter Heart' telah dikeluarkan di US iTunes Store dan diikuti dengan album pertama beliau pada tahun 2009 yang dihasilkan oleh Brushfire Records dan Ian Montone's Monotone Records. Album pertama Zee Avi mendapat liputan meluas dari Youtube dan kemudian Zee Avi telah membuat jelajah Amerika Syarikat untuk mempromosikan album beliau. Selain itu, beberapa buah lagu dalam album Zee Avi turut digunakan dalam siri drama dan filem antarabangsa. Antaranya ialah lagu 'Monte' yang digunakan dalam siri Private Practice, lagu Bitter Heart digunakan dalam siri Parenthood dan lagu 'Just You And Me' dalam filem pendek Oliver PeopleĆs Spring.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Nielsen SoundScan, album pertamanya itu terus menduduki tempat ke-130 dalam carta Billboard Hot 200 pada minggu pertama dipasarkan di AS. Hanya dalam tempoh dua minggu pertama sahaja, album itu juga telah mencatatkan penjualan sebanyak 6,000 salinan. Dalam masa yang sama, album itu juga berada di kedudukan nombor dua dalam carta Billboard Top Heatseekers. Sehingga kini, album Zee Avi masing-masing telah telah terjual sebanyak 5,000 dan 300,000 salinan di AS dan seluruh dunia.
Zee Avi telah menghasilkan EP yang berjudul One More Time With Colors pada tahun 2010 dengan menampilkan sebuah lagu baru iaitu 'I Wish I Never' dan 3 buah lagu remix dari album pertama beliau.
Semasa Perhimpunan Belia Sawarak 2011, Zee Avi telah menyanyikan lagu baru dalam dialek Sarawak yang berjudul Mee Kolok Sigek. Zee Avi turut memenangi Anugerah Belia Ikon Sarawak.
INI YANG KORANG TAK TAU:
1. Nama sebenar Zee Avi ialah Izyan Alirahman atau dikenali juga sebagai KokoKaina.
2. Album pertama Zee Avi telah dipilih sebagai salah sebuah 10 album terbaik sepanjang tahun 2009 oleh Associated Press (AP) di mana albumnya menduduki tangga kesembilan.
3. Lagu Just You And Me merupakan lagu pertama yang Zee Avi tulis yang di mainkan bersama-sama ukulele - sejenis alat muzik gitar yang bersaiz kecil.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/zeeavi
MYSPACE: http://www.myspace.com/zeeavi
TWITTER: http://twitter.com/#!/ZEEAVI
YOUTUBE: http://www.youtube.com/user/KokoKaina
WEBSITE: http://www.zeeavi.com/
SINGLE/ALBUM
Zee Avi [2009]
EP - One More Time With Colors [2010]

No comments:
Post a Comment