Yuna
GENRE:
Alternative / Acoustic / Folk Rock
SYARIKAT RAKAMAN:
- Yuna Room Records (Malaysia)
- Indie Pop (USA)
- Fader Label (USA)
Yuna Zarai atau lebih suka dikenali sebagai Yuna merupakan penyanyi dan juga penulis lagu yang terkenal dalam muzik indie di Malaysia sejak 2006. Namun , beliau sudah pun menulis lagu sendiri ketika berumur 14 tahun. Walaupun bertudung, Yuna tetap menampilkan imej rock tetapi sopan yang bersesuaian dengan muzik beliau. Yuna boleh dikatakan penyanyi yang berbakat besar di Malaysia kerana telah memenangi banyak anugerah dan mengalahkan artis popular lain. Yuna juga mempunyai label fesyen sendiri di mana dia mempunyai kedai baju sendiri yang diberi nama IAMJETFUELshop di Subang Jaya Selangor. Walaupun bergelar penyanyi, Yuna juga merupakan seorang pelajar perguaman di UiTM Shah Alam. Pada 2009, beliau berjaya menamatkan pengajian beliau dalam Bachelor of Legal Studies (Hons).
Tahun 2011 memberi peluang yang besar kepada Yuna apabila berjaya menjadi artis rakaman untuk Fader Label di USA dan EP Yuna yang berjudul 'Decorate' bakal diedarkan secara digital oleh label rekod, Fader pada March 2011. Antara lagu yang dimuatkan ialah Decorate, Deeper Conversation, Someone Out Of Town, Coffee dan Fears and Frustations.
Perkara yang lebih membanggakan apabila Russell Simmons - seorang ahli perniagaan, pemilik syarikat label hip hop Def Jam, dan perintis jenama pakaian Phat Farm, Argyleculture, dan American Classics yang memiliki lebih 600 ribu followers di Twitters dan mempunyai nilai harta sekitar $USD 340 juta malah merupakan pendokong muzik hip hop ketiga yang terkaya di USA telah menerima kunjungan Yuna di pejabatnya dan memuji Yuna di laman twitter beliau. Russel Simmons: "an amazing new singer @yunamusic just came by my office & blessed me w/ her music ñ follow her, her music is incredible!"
Yuna kini berada di New York bersama-sama jurukamera profesional Canon bagi merakamkan detik pahit manis sepanjang penjelajahan Yuna di negara luar untuk program dokumentari realiti Astro Hitz Yuna Inspired yang akan ditayangkan bermula 27 Februari 2011 menerusi saluran Astro Hitz (saluran 705). Semasa di New York, Yuna turut membuat persembahan di Mercury Lounge yang juga tempat di mana Zee Avi pernah membuat persembahan. Malah menurut satu sumber, Zee Avi telah menghubungi Yuna dari Florida untuk bersama-sama terbang ke New York bagi menyaksikan persembahan Yuna itu. Yuna turut mendapat liputan media oleh New York Post apabila cerita mengenai EP terbaru Yuna dipasarkan di New York.
Astro Hitz Yuna Inspired Powered by Digi.
Astro Hitz Yuna Inspired Powered by Digi ialah sebuah rancangan yang diarah oleh pengacara terkenal Jojo Struys melibatkan penyanyi tersohor, Yunalis Zarai atau Yuna. Program tersebut akan memuatkan lagu terbaru dan muzik video Yuna. Program menerusi 24 episod ini yang mendapat tajaan rasmi dari Canon dan Malaysia Airlines dibuat khusus untuk para peminat Yuna yang boleh turut sama mencipta lagu iaitu dengan membantu Yuna menyiapkan lirik lagu terbaru Yuna yang akan disiarkan melalui lawan web.
Yuna akan meletakkan satu versi lagu dan akan meninggalkan satu ayat untuk dicipta oleh peminat yang boleh dihantar melalui laman sosial Facebook atau Twitter. Setiap minggu Yuna akan memuat naik satu versi dan para peminat boleh memberi cadangan sebagai inspirasi untuk Yuna menyiapkan lagu tersebut.
Program itu membuka peluang buat peminat Yuna untuk memenangi hadiah mingguan antaranya hadiah istimewa dari Canon, sebuah gitar tajaan The Guitar Store yang akan ditandatangani oleh Yuna, serta hadiah istimewa iaitu tiket konsert istimewa Yuna yang akan diadakan selepas tamatnya projek tersebut. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk muncul dalam muzik video Yuna.
Projek yang mendapat tajaan dan sokongan DiGi, Canon dan Malaysia Airlines selaku penerbangan rasmi Yuna ke Hollywood ini merupakan projek pertama Yuna yang akan berkolaborasi dengan para peminatnya.
Program yang akan diterbitkan oleh Kyanite Sdn. Bhd. itu akan mula disiarkan melalui www.yunainspired.com secara langsung selama lima minit mulai 14 Februari dan akan mula disiarkan di Astro Hitz bermula 27 Februari.
Yuna juga telah menjadi juri untuk rancangan Kawanku Bintang Coca-Cola yang mencari penyanyi yang berbakat.
INI YANG KORANG TAK TAU:
1. Yuna mempunyai sebuah butik pakaian yang diberi nama IAMJETFUELshop di Subang Jaya.
2. Pada 2011, Yuna telah membintangi satu siri Korea. Namun watak dan judul siri tersebut tidak diketahui.
3. Yuna menjadi duta atau jurucakap untuk Libresse, gitar Godin dari The Guitar Store, Malaysia, Macbeth Footwear (Malaysia).
4. Yuna turut bekerjasama dengan pereka fesyen, Hana Tajima di bawah label Maysaa London 13 Disember lalu untuk acara Live Fashion Love Music di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.
5. Di New York, Yuna telah merakamkan album EP beliau di Kensaltown Studio.
6. Yuna bakal memasarkan jenama minyak wangi sendiri setelah berjaya menarik minat sebuah syarikat kosmetik dari Jepun dan bakal dipasarkan setelah projek Astro Hitz Yuna Inspired Powered by Digi ini selesai.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/yunamusic
MYSPACE: http://www.myspace.com/yunamusic
TWITTER: http://www.twitter.com/yunamusic
YOUTUBE: http://www.youtube.com/user/yunainspired
WEBSITE: http://yunamusic.com/
SINGLE/ALBUM
Demo [2008]
EP Yuna [2008]
Decorate [2010]
Decorate (EP - Fader Label) [2011]

No comments:
Post a Comment