Sunday, July 31, 2011

V



Vibe

TAHUN AKTIF: 2007 - Kini

GENRE: Rap / Hip Hop

SYARIKAT RAKAMAN: Egoistic Records & VibeMuzik Records

Vibe The Rapper juga dikenali sebagai Dareyno, berusia 25 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Mula menceburi bidang muzik sejak berusia 16 tahun, Vibe berjinak-jinak dalam bidang rapping hingga mahu menjadikannya karier tetap. Selain menjadi rapper, Vibe juga menjadi pengacara untuk acara kelab dan lain-lain majlis di mana dengan tenaga dan gaya kreatif beliau menyebabkan Vibe dikenali ramai. Dengan kesungguhan Vibe, beliau dikenali sebagai artis hip-hop yang berjaya hingga beliau kini mempunyai syarikat pengurusan artis sendiri - Rough Sound Entertainment dan VibeMusic Records.

Bakat Vibe kemudian disedari oleh EMI Music (M) di mana beliau telah diambil sebagai artis rakaman bersama-sama rakan Vibe - Junio Hustle sebagai artis hip-hop duo. Pada tahun 2007, mereka telah mengeluarkan album yang bertajuk 'Rap Graduates'. Sejak itu, Vibe telah mendapat pelbagai publisiti dan perhatian dari media tempatan seperti ROTTW, Utopia, The Star, New Straits Times dan Harian Metro kerana karier beliau yang bukan hanya sebagai penyanyi, malah sebagai rapper, pengacara majlis dan juri pertandingan.

Vibe turut bergandingan dengan artis tempatan seperti Samir, VE, DJ Fuzz dan Goldkartz di mana sedikit sebanyak telah berjaya menaikkan lagi nama Vibe bukan setakat di Malaysia namun hingga ke Singapura.


FACEBOOK: http://www.facebook.com/Vibebook
TWITTER: http://twitter.com/#!/vibemuzik

SINGLE/ALBUM

Truth Of Life [2010]

No comments:

Post a Comment