Sunday, July 31, 2011

P



Pesawat

TAHUN AKTIF: 2005 - Kini

GENRE: Indie Garage Rock

SYARIKAT RAKAMAN: Pramugaru Music

Pesawat merupakan sebuah band indie-rock yang berasal dari Ampang dan ditubuhkan pada tahun 2005. Pesawat mempunyai 4 orang ahli iaitu Jipie (vokal, gitar & piano), Kudux (drum), Nizam Camel (gitar) dan Mann (bass).

Single pertama mereka 'Mirage' yang di keluarkan pada tahun 2008 berjaya membuka mata banyak pihak tentang kewujudan band mereka. Lagu tersebut kerap diputarkan di corong radio tempatan dan banyak menjuari carta.

Pada tahun 2009, Pesawat mencipta sejarah sendiri apabila melancarkan video muzik untuk lagu 'Mirage' di atas kapal terbang yang sebenar hasil dari kolaborasi dengan Channel [V], Malaysia Airlines, Malaysia Airport dan Astro. Pesawat merupakan band pertama yang mengadakan persembahan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan merakam muzik video mereka di dalam kapal terbang MAS Boeing 777. Pelancaran muzik video berkenaan turut disiarkan Channel [V] di Hong Kong, Singapura dan Malaysia.

Kejayaan yang membanggakan itu telah membawa Pesawat kepada penghasilan 2 buah single baru selepas itu. Single pertama berbahasa Inggeris yang berjudul 'Excuse Me' dan single kedua berbahasa Melayu iaitu 'Rasional Emosional'. Kedua-dua lagu tersebut berjaya menjadi juara dalam kebanyakan carta radio tempatan.

Tahun 2009 juga menyaksikan Pesawat mendapat pencalonan dalam pelbagai anugerah yang diadakan seperti Shout Awards, Junksound Awards, VIMA Awards, ROTTW Music Poll dan lain-lain.

Kemudian, pada tahun 2010, Pesawat telah menyertai satu projek khas yang dipanggil P. Ramlee: Satu Indieprestasi yang mana band-band tempatan menyanyikan semula lagu-lagu P. Ramlee dan diberi sentuhan muzik baru. Pesawat telah menyanyikan lagu 'Ai Ai Ai Twist'.

Single keempat Pesawat yang berjudul Bingit telah dipilih oleh Twisties sebagai lagu tema untuk kempen Twisties Bingit pada akhir 2009. Twisties Bingit merupakan program realiti TV yang mencari band rock terbaik di Malaysia dan Pesawat turut membuat persembahan di setiap acara kempen tersebut. Lagu Bingit menjadi begitu popular hingga memasuki carta Radio ArdanFM (Indonesia), OZFM (Indonesia), HardRockFM (Indonesia), 99ersFM (Indonesia) dan Radio3 RTHK (Hong Kong).

Pesawat meneruskan kerjasama dengan Twisties untuk flash mob bagi kempen Twisties City pada tahun 2010. Pesawat dan 100 orang telah membuat persembahan flash mob bagi lagu 'Mesti Mau' - lagu rasmi untuk kempen Twisties City. Lagu 'Mesti Mau' kemudian menjadi single kelima bagi Pesawat.

Mengenai persembahan pula, Pesawat telah mendapat banyak undangan dan jemputan bagi membuat persembahan di seluruh Malaysia, Indonesia dan Hong Kong. Pada tahu 2009, Channel [V] telah memilih Pesawat untuk membuat persembahan bersama dengan kumpulan Nidji dari Indonesia bagi pelancaran TV Siri - Heroes musim ke-3. Selain itu, Pesawat telah berkongsi pentas untuk konsert dan karnival dengan pelbagai artis tempatan mahupun antarabangsa yang mempunyai nama besar dalam industri seperti Penang Countdown Celebration 2011, Twisties Bingit Concert 2010, F&N Fun Fest, MAS Touchdown, Selangor Muzik Festival, Twisties Bingit Tour, Rock The World 9, Starbucks Love Project(Red), RadioFest 2009, Shout Awards 2009, S.O.X World Marching Band Competition, Konsert Search di Awan Biru, Konsert Dewa 19, Rockaway 2009, Sunburst KL 2009, MTV World Stage Roadshow 2009, KLUE Urbanscapes 2008 & 2009 dan Starworld American Idol 2008 Finale Promo.

Tidak cukup dengan itu, Pesawat telah dijemput untuk membuat persembahan di L.A Lights Indiefest FestiveSound 2010 di Bandung, Indonesia pada Mac 2010. Pesawat telah membuat persembahan bersama-sama Camera Obscura (Scotland), Electrico (Singapura) dan EfekRumahKaca, Burgerkil dan Mocca dari Indonesia.

Selain itu, Pesawat turut membut persembahan di Music Matters Live Festival di Hong Kong pada Mei 2010 bersama-sama 40 orang artis antarabangsa termasuk Jason Mraz, Dappled Cities, Inward Eye dan DD/MM/YYYY dari Kanada.

Tahun 2011 menyaksikan Pesawat membuat persembahan bersama-sama Bittersweet di KLPac untuk Acoustic Nights Concerts di mana sambutan yang amat menggalakkan hingga dewan penuh.

Pesawat kini telah melancarkan single terbaru yang berjudul Hitam dan merancang untuk menghasilkan single baru lain yang berjudul Turbulence.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/pesawatmusic
MYSPACE: http://www.myspace.com/pesawat
TWITTER: http://twitter.com/pesawat
YOUTUBE: http://www.youtube.com/pesawatube
WEBSITE: http://www.pesawatmusic.com/

SINGLE/ALBUM

Single - Mirage [2008]
Single - Excuse Me [2009]
Single - Rasional Emosional [2009]
Single - Bingit [2009]
Single - Mesti Mau [2010]
Single - Menjelang Syawal [2010]
Single - Ai Ai Ai Twist (P. Ramlee... Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi) [2010]
Single - Hitam [2011]




Pop Shuvit

TAHUN AKTIF: 2001 - Kini

GENRE: Hardcore / Hip Hop / Rock

SYARIKAT RAKAMAN: Shuvit Management

Pop Shuvit merupakan sebuah band Malaysia yang mengetengahkan muzik rap dan rock yang dianggotai oleh Moots (vokalis), JD (gitar), AJ (bass), Rudy (drum) dan Uno (turntables). Pop Shuvit mendapat nama band mereka sempena aksi papan luncur yang popular pada tahun 2001.

Selain Malaysia, Pop Shuvit turut dikenali di Jepun, Thailand dan Singapura dan mempunyai 6 buah album sepanjang pembabitan mereka dalam industri muzik.

Album pertama Pop Shuvit dikeluarkan pada tahun 2002 dan berjudul Take It & Shuvit di mana mempunyai single bertajuk 'Skaters' Anthem' dan dilancarkan secara eksklusif di Internet dan menjadi lagu yang paling banyak dimuat turun. Kejayaan itu telah menarik perhatian ESPN yang sedang mencari lagu rasmi untuk Summer X-Games. Perjanjian dibuat dan lagu tersebut menjadi lagu tema untuk Summer X-Games dan muzik video mereka kerap dimainkan di televisyen sepanjang pertandingan itu. Pop Shuvit turut mengeluarkan album tersebut di Jepun dan berjaya menjadi top 20 album di pasaran Jepun.

Kemudian Pop Shuvit mengeluarkan album kedua yang berjudul Here & Now pada tahun 2005. Album tersebut berjaya membawa Pop Shuvit ke Jepun untuk mempromosikan album berkenaan.

Pada pertengahan 2006, Pop Shuvit telah berkolaborasi dengan Disagree untuk lagu Football Mad Nation bersempena FIFA World Cup.

Pop Shuvit terus menghasilkan album ketiga mereka iaitu Amped & Dangerous yang hanya dijual di Jepun pada tahun 2006. Pada tahun 2007, muncul album keempat yang mendapat kolaborasi dari Emmett Butterfingers, Roshan from K-Town Clan, Ras Muhammad, Inspectah Deck from the legendary Wu-Tang Clan. Salah satu single dalam album Freakshow Vol 1 : Tales of The Travelling Tunes merupakan soundtrack untuk filem Marabahaya.

Pop Shuvit turut diberi penghormatan untuk menjadi artis pembukaan bagi konsert My Chemical Romance di Kuala Lumpur. Pop Shuvit telah ditawarkan untuk menjadi artis pembukaan sepanjang konsert My Chemical Romance di Asia. Namun, oleh kerana mempunyai komitmen lain, Pop Shuvit hanya beraksi untuk dua konsert saja.

Kemudian, Pop Shuvit berkolaborasi dengan Ahli Fiqir, Saint Loco (Indonesia) dan Slapshock (Filipina) serta Silksounds and Thaitanium (Thailand) untuk membentuk satu kumpulan bergelar Project E.A.R (East Asian Revolution). Lagu mereka kemudiannya berjaya meraih pencalonan dalam MTV Asia Awards di Malaysia pada tahun 2008.

Pop Shuvit akan mengeluarkan album keenam mereka Cherry Blossom Love Affair pada Jun 2011 dan setakat ini, mereka sudahpun mempunyai dua buah single dalam album berkenaan.


INI YANG KORANG TAK TAU:

1. Pop Shuvit mempunyai studio rakaman yang professional dan lengkap yang diberi nama Studio 21:05 yang terletak di Taman Tun Dr Ismail.

2. Pop Shuvit mempunyai sebuah lagu duet bersama Dina yang berjudul Aci-Aci Buka Pintu.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/#!/pages/POP-SHUVIT/135015730454
MYSPACE: http://www.myspace.com/popshuvit
TWITTER: http://twitter.com/#!/popshuvit

SINGLE/ALBUM

Take It & Shuvit [2002]
Shuvit Remixes [2004]
Here & Now [2005]
Amped & Dangerous [2006]
Freakshow Vol 1 : Tales of The Travelling Tunes [2007]
Single - Liar Lara [2010]
Single - Nebula 11 [2011]
Single - Seperti Syurgamu (duet bersama Man Bai) [2011]

No comments:

Post a Comment