Sunday, July 31, 2011

N



Nitrus

TAHUN AKTIF: 1999 - Kini

GENRE: Rock

SYARIKAT RAKAMAN: Surtin Records

Memulakan kerjaya muzik sekitar 1999, demo dihasilkan Better Days dan Twisted berjaya menarik minat Posse Records sekali gus memberikan ruang kepada Nitrus untuk bertapak dalam industri muzik tempatan dengan merakamkan dua lagu terbabit dalam album kompilasi Another Boring Sunday.

Permulaan awal memberikan pulangan besar kepada kumpulan Nitrus apabila memenangi Anugerah Artis Harapan di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2002.

Nitrus dianggotai oleh Eddie, Syed, Aux dan Ikan. Eddie dan Syed berkongsi tugas sebagai vokalis utama dan juga bermain gitar manakala Aux sebagai pemain drum dan Ikan bermain bass.

Tahun 2001 dan 2002 juga telah menyaksikan pengunduran Ikan dan kemudiannya Aux, dan mereka ini telah digantikan oleh Bob (bass), Faizul (drum) dan Asiw (gitar utama). Dengan line up baru ini mereka telah mengubah hala tuju Nitrus kepada sebuah kumpulan muzik yang menyanyikan lagu-lagu Melayu. Oleh kerana kerjasama bersama Posse Records tidak berpanjangan, Nitrus telah mengambil keputusan untuk bergerak secara independent. Mereka merakamkan lagu ciptaan mereka di studio yang mereka bina secara berperingkat di rumah Eddie.

Nitrus juga bergerak aktif dalam memenuhi jemputan gig dan persembahan disekitar Lembah Kelang, Melaka, Pulau Pinang, JB dan Kuantan. Pada tahun 2003 menyaksikan perubahan pada line up Nitrus sekali lagi dimana Rafhan telah mengambil posisi sebagai vokalis utama menggantikan Eddie dan Syed manakala Asiw mengambil keputusan untuk mengundur diri. Tahun 2004 pula, Faizul meninggalkan Nitrus dan digantikan oleh Is sebagai pemain drum.

Pada tahun 2004, Nitrus telah menghasilkan 2 single yang bertajuk 'Rasa' dan 'Colder' yang kemudiannya dimuatkan dalam portal musiccanteen.com untuk dijual secara on-line. Kemudian, mereka berjaya menyiapkan album sulung mereka yang berjudul 'Rasa' di mana album tersebut siap sepenuhnya pada tahun 2005 dan memuatkan 12 buah lagu. Malangnya, disaat akhir dimana proses pencetakan album hampir selesai, Rafhan (vokalis) telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Dengan ketiadaan Rafhan, Nitrus telah mengambil keputusan untuk mengekalkan line up yang sedia ada dimana Eddie mengambil semula peranan sebagai vokalis utama.

Album Rasa telah membuktikan Nitrus mampu berada dalam industri muzik apabila berjaya menjadi kumpulan indie pertama yang dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik 13 menerusi kategori Album Pop Rock Terbaik.

Pada tahun 2008, Nitrus kembali dengan album kedua mereka "2" yang terkenal dengan single 'Hujung Dunia' yang turut menghiasi filem Good Bye Boys.


INI YANG KORANG TAK TAU:

1. Hujung Dunia oleh Nitrus merupakan lagu tema untuk filem 'Goodbye Boys'.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/pages/NITRUS/8320863973
MYSPACE: http://www.myspace.com/nitrusband
TWITTER: http://twitter.com/NitrusBand
YOUTUBE: http://www.youtube.com/user/NitrusTV

SINGLE/ALBUM

Another Boring Sunday (Album Kompilasi) [2001]
Rasa [2005]
2 [2008]

No comments:

Post a Comment