Monday, August 1, 2011

M



Malique

TAHUN AKTIF: 1999 - Kini

GENRE: Hip Hop

SYARIKAT RAKAMAN: Qarma Musiq Sdn Bhd

Malique Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Malique merupakan ahli duo Too Phat bersama-sama Joe Flizzow pada akhir 90-an. Too Phat menghasilkan banyak album hip-hop sekitar tahun itu dan menerima pelbagai pengiktirafan atas perjuangan muzik hip-hop mereka. Setelah menghasilkan album keenam mereka yang berjudul Rebirth Into Reality pada tahun 2005, Too Phat mengambil keputusan untuk bergerak solo dalam menghasilkan album solo pertama masing-masing.

Kemudian, pada tahun 2008, Malique telah mengeluarkan album solo pertama beliau yang berjudul OK. Album tersebut dikeluarkan semasa Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51. Mempunyai bakat yang besar dalam dunia hip-hop di samping pengiktirafan anugerah sepanjang bersama Too Phat, Malique mampu menghasilkan muzik hip hop yang berkualiti setanding dengan industri hip hop luar.

Malique kini menguruskan Qarma Musiq - syarikat rakaman yang dimiliki oleh Malique sendiri dan D'Navigator. Syarikat rakaman tersebut menguruskan muzik dan karier artis tempatan dan mencari bakat baru yang berkualiti.

Malique kini dalam penghasilan album solo terakhir TKO (Peace Out) yang akan mengakhiri siri trilogi album-album solo beliau sebelum kembali fokus terhadap Too Phat untuk album baru Too Phat. Malique telah mengedarkan dua buah single yang bakal disusuli dengan album TKO (Peace Out).

'Cuba Lagi' yang menampilkan vokal Lah Ahmad merupakan antara single yang dipertengahkan oleh Malique bagi album solo dan terakhir beliau. Malique dan Lah Ahmad yang pernah bergabung untuk lagu Inggeris 'KL Streets' bergabung untuk kali kedua dan membuktikan keserasian mereka menjadi.

Single kedua '2010 Masih Hip Hop' pula merupakan versi rakaman semula lagu Masih Hip Hop yang dipetik dari album KO The Mixtape tetapi diberi nafas baru dengan menampilkan Joe Flizzow.

Lagu Senyum dengan penampilan istimewa vokalis jazz indie Najwa merupakan salah satu lagu yang akan diedarkan bersama-sama album ketiga Malique. Selain lagu 'Senyum' Malique akan mengedarkan sebuah lagu kolaborasi bersama-sama sebuah kumpulan nasyid terkenal di Malaysia.

Di bawah Qarma Musiq, Malique mempunyai artis rakaman yang pada mulanya belajar di Qarma Rap School tapi kemudian mengembangkan bakat yang ada dengan menyanyikan lagu bersama-sama Malique.


INI YANG KORANG TAK TAU:

1. Malique mempunyai single 'Yang Terbaik Dari Ladang' nyanyian Ariz - peserta program realiti Gangstarz yang juga artis baru untuk Qarma Musiq serta duet bersama Liyana Jasmay.

2. Malique turut berduet bersama Ariz untul single terbaru yang berjudul Salut.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/pages/Malique-Ibrahim/111656765550665?ref=sgm
MYSPACE: http://www.myspace.com/maliqueibrahim
TWITTER: http://twitter.com/qarmamusiq
YOUTUBE: http://www.youtube.com/qarmapictures
WEBSITE: http://www.qarmamusiq.com

SINGLE/ALBUM

Whuttadilly [1999]
Plan B
Phat Family
360
Rebirth Into Reality
OK [2008]
KO The Mixtape with DJ Fuzz [2009]
TKO (Peace Out) [2010]



Meet Uncle Hussain

TAHUN AKTIF: 2001 - Kini

GENRE: Alternative rock / Progressive rock / Indie rock

SYARIKAT RAKAMAN: The Archive Record

Meet Uncle Hussain ditubuhkan pada tahun 2001 dan dianggotai oleh Lan (vokalis), Taja (gitar), Afat (bass) dan pemain drum undangan Kudux. Selepas enam tahun ditubuhkan, MUH hanya dikenali di kalangan peminat muzik underground sahaja sehinggalah MUH memenangi anugerah Band Terbaik dalam amajalah ROTTW pada tahun 2005.

Kemudian, MUH mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangan muzik mereka agar dikenali ramai. Dengn itu, MUH telah menyumbang 2 buah lagu sebagai lagu tema cerita KAMI. Lagu 'La La La Kerjalah' dan 'Lagu Untukmu' telah digunakan dan sejak itu lagu tersebut kerap diputarkan di corong radio hingga menguasai carta pada tahun 2008.

Kudux yang menjadi pemain drum untuk MUH terpaksa berehat dari bermain untuk MUH atas masalah kesihatan tetapi setelah sembuh, Kudux menyertai band lain pula.

'Lagu Untukmu' begitu popular hingga diiktiraf sebagai juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke 23 pada tahun 2009. Bermula dari situ, pelbagai anugerah diraih oleh MUH dan MUH terus berkembang dengan perjuangan muzik mereka.

Walaupun diiktiraf dan diangkat sebagai kumpulan yang berjaya, namun masalah antara ahli kumpulan tidak dapat diatasi juga. Desas desus mengatakan bahawa Lan membawa pelbagai masalah dan enggan mendengar nasihat. Kemudian, Lan telah membuat pengumuman rasmi bahawa beliau akan berundur atas alasan komitmen lain.

Lan kemudian tampil dengan band sendiri yang digelar 'Azlan & The Typewriter'.

Sejak 2009, MUH masih mencari vokalis yang boleh menggantikan tempat Lan. Sementara waktu itu, MUH ada menggunakan khidmat penyanyi lain seperti Black untuk lagu 'Drama King'. Lagu tersebut berjaya meraih gelaran naib juara untuk Anugerah Juara Lagu ke-25 pada tahun 2011.

Selain itu, MUH turut menggunakan khidmat Hazama - bekas peserta Akademi Fantasia 4 sebagai penyanyi undangan mereka.

Buat masa ini MUH telah berkolaborasi dengan Hazama untuk lagu single baru berjudul 'Pokok' dan vokal Hazama berjaya mendalami lagu tersebut.


INI YANG KORANG TAK TAU:

1. MUH bakal mengadakan uji bakat pencarian vokalis pada April 2010 menerusi sebuah pertandingan yang akan dianjurkan.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/pages/Meet-Uncle-Hussain/11590571091
MYSPACE: http://www.myspace.com/meetunclehussain

SINGLE/ALBUM

Meet Uncle Hussain [2007]
Single - Mula (OST Filem Lu Pikirlah Sendiri)



Mizz Nina

TAHUN AKTIF: 1996 - Kini

GENRE: R&B / Hip Hop

SYARIKAT RAKAMAN: Warner Music / Mizz Nina Productions / YZ International

Mendapat bimbingan nyanyian dari The Singing Shop di Petaling Jaya yang di tubuhkan oleh ibu Mizz Nina, Mizz Nina memulakan aktiviti nyanyian beliau di hip hop gig dan pertunjukan kolej pada tahun 1996. Pada tahun 1997, Mizz Nina telah menubuhkan First Born Troopz with Fiquetional di mana pada tahun 1999, beliau menemui Teh Tarik Crew (TTC). Kejayaan demi kejayaan dicapai oleh TTC apabila berjaya dicalonkan dalam AIM 2002. Selain itu, Mizz Nina turut menjadi model untuk pelbagai kempen dan produk selain menjadi DJ untuk program radio dan pengacara untuk TV program.

Setelah bersama untuk tempoh yang lama dengan Teh Tarik Crew, Mizz Nina kembali dengan album solo beliau yang pertama 'What You Waiting For' yang mendapat kolaborasi dari pelbagai orang perseorangan yang hebat seperti Uno & AJ dari Pop Shuvit, Noh dari Hujan, DJ Fuzz, Koko and Syaheed of Bedsty Music, Sakke dari Netherlands dan Koola dari Croatia, MC Dandee dari Bangkok's Thaitanium Entertainment, Mawar Berduri dari Ahli Fiqir dan Teeflii.

Yang lebih membanggakan apabila Mizz Nina turut berduet dengan Colby O' Donis dalam lagu 'What You Waiting For' yang telah berada dalam carta teratas di radio-radio tempatan mahupun antarabangsa. Setelah album ini dilancarkan di Malaysia dan mendapat sambutan yang baik, album turut dijual di iTunes di US, Japan, Australia dan Sri Lanka.

Selain sibuk menjadi penyanyi, Mizz Nina juga turut menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan di The Singing Shop di mana beliau menyempurnakan tugasnya sebagai penyanyi, penghibur, dan DJ. Mizz Nina turut mempunyai studio rakaman sendiri.

Semasa pelancaran album solo pertama Mizz Nina, beliau turut memperkenalkan label pakaian yang diberi nama Mizz Demeanour yang memgetengahkan pakaian kasual, tank tops, t-shirt, jeans, kasut dan aksesori. Yang lebih unik dan menarik apabila Mizz Nina menawarkan casing Balckberry yang direka khas dan terhad untuk Mizz Nina dalam bentuk Swarovski kristal yang ditaja olej Liberte. Peminat boleh dapatkan aksesori berkenaan di Liberte KLCC atau layari www.mizznina.com.


INI YANG KORANG TAK TAU:

1.Lagu 'What You Waiting For' duet bersama Colby O' Donnis telah dirakamkan secara berasingan dan video klipnya diarah oleh Scott McCullough.

2. Mizz Nina merupakan anak bongsu Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad, Tan Sri Azman Hashim.

3. Mizz Nina menggelarkan ayahnya 'The Singing Banker' manakala dirinya pula ialah 'The Rapping Daughter.'

4. Mizz Nina mempunyai label pakaian sendiri - Mizz Demeanour yang turut dilancarkan semasa pelancaran album beliau.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/pages/MizzNina/301099737389
TWITTER: http://twitter.com/#!/mizznina1780
WEBSITE: http://www.mizznina.com/

SINGLE/ALBUM

EP Teh Tarik Crew - Are We Rap Stars Now [1999]
Album Teh Tarik Crew - How’s the level? [2002]
Album Teh Tarik Crew - What’s next? [2004]
Album Solo - What You Waiting For [2010]
Single - TakeOver (duet bersama-sama Flo Rida) [2011]



Monoloque

TAHUN AKTIF: 2004 - Kini

SYRAIKAT RAKAMAN:Penerbitan Pancasona

MonoloQue dilahirkan pada tahun 2004 dan terdiri dari loQue - seorang pengasas band grunge dan alternatif - Butterfingers. Selain penyanyi, loQue merupakan seorang penulis lirik dan komposer untuk band itu. Butterfingers yang ditubuhkan pada tahun 1992 merupakan sebuah band yang terkenal yang mempunyai 8 buah album dan meraih pelbagai pencalonan dan anugerah di Anugerah Industri Muzik 2009.

loQue cuba mencari kelainan dalam perjuangan muzik beliau dan mencari sesuatu yang memberi inspirasi baru. Loque mula mendengar muzik R. Azmi dan menyedari bahawa beliau perlukan sesuatu yang betul-betul berlainan dengan Butterfingers.

Loque mula menghasilkan lagu seperti Jika Aku Seorang Robot dan monoloQue di mana ada di antara rakan yang menyukai dan ada yang tidak. Sejak itu, Loque menukar nama ke monoloQue dan tidak lagi mahu dikenali sebagai loQue Butterfingers. Antara lagu lain yang dihasilkan ialah Rindu Dendam, Pecah Amanah, Chinta dan Perempuan Kalis Peluru.

Pada tahun 2009, semasa monoLoque berada di semester terakhir di Berklee College of Music MA Boston dalam bidang Composition & Synthesis, beliau sudah bersedia untuk berkongsi dengan peminat tentang muzik yang dibawa.

Sebagai langkah pertama, Monoloque bermula dengan projek pertama yang digelar KonvensyenRemixmonoloQue dimana peminat boleh memuat turun lagu Jika Aku Seorang Robot, dan membuat remix lagu tersebut. Kemudian, monoloque akan memilih remix yang terbaik dan akan diletakkan di laman web beliau.

Monoloque kini sedang dalam proses menerbitkan album sulung mereka berjudul Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang mengandungi tujuh buah lagu.

Selain itu, Monoloque turut dijemput oleh Kugiran Negara ke UK bersama-sama Altimet untuk membuat persembahan di sana pada Februari 2011. Monoloque telah membuat persembahan di 4 lokasi iaitu Nottingham, Dublin, London dan Warwick.

Monoloque turut membuat konsert pertama beliau bersama-sama Ana Raffali untuk Konsert Analoque di Istana Budaya pada Disember 2010 dan berjaya mendapat sambutan ramai.

Antara lagu lain yang kerap diputarkan di corong radio ialah lagu 'Kekanda Adinda' hasil duet Monoloque bersama-sama Atilia. Lagu itu menjadi lagu tema siri drama '8 BULAN' dan berjaya mendapat sambutan ramai kerana lirik dan muzik yang senang dan menghiburkan.

Bukan itu sahaja, Monoloque juga cuba untuk menghasilkan sesuatu yang lain apabila berjaya mengajak pemuzik dari band seperti Hujan, OBS, Pop Shuvit, Azlan & The Typewriter untuk sama-sama menubuhkan A.P.I bagi lagu pertama mereka Pelita. Lagu tersebut berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu ke 25 walaupun band ini hanyalah satu projek band.


INI YANG KORANG TAK TAU:

1. Album Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang dirakamkan di Studio Kilang Menjahit Bunyi milik Loque itu yang akan disiapkan selewat-lewatnya pada hujung tahun 2011.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/pages/monoloQue/80130485615
MYSPACE: http://www.myspace.com/monoloque
TWITTER: http://twitter.com/monoloque
WEBSITE: http://www.monoloque.com/

SINGLE/ALBUM

Single - Kekanda Adinda (OST Drama 8 Bulan) [2010]
Single - Tiada Kata Scantik Bahasa (P. Ramlee Di Mana Kan Ku Cari Ganti - Satu Indieprestasi) [2010]
Single - Jika Aku Seorang Robot

No comments:

Post a Comment