DJ Fuzz
TAHUN AKTIF: 1999 - Kini
GENRE: Hip Hop, Reggaeton, Turntablism
SYARIKAT RAKAMAN: Mixology
Sudah lebih 10 tahun berada dalam bidang DJ dan turntablism, DJ Fuzz terkenal dengan kebolehan beliau sebagai seorang DJ, emcee di kelab-kelab, mixtapes dan rancangan radio. Malah penghasilan muzik yang berkualiti oleh DJ Fuzz dalam produksi sendiri juga mengagumkan.
DJ Fuzz mula menceburi bidang DJ dan hip hop pada tahun 1999 apabila beliau memasuki Akademi DJ yang pertama iaitu Playaz Universe. Bakat yang ada tidak menghalang DJ Fuzz meraih banyak peluang dan pencapaian yang sangat bagus semasa pembelajaran beliau.
Kemudian, DJ Fuzz turut serta bersama-sama Teh Tarik Crew dalam memperjuangkan muzik hip hop. Dalam pada itu, DJ Fuzz turut menyertai Pertandingan Vestax Extravaganza and Pioneer Digital DJ yang mana DJ Fuzz merupakan juara selama tiga tahun berturut-turut. Sejak itu,DJ Fuzz kerap diundang menjadi DJ di kelab-kelab seperti Zouk, Maison, Laundry dan Republic. Selain itu, DJ Fuzz turut menjadi ahli Stylustiks Turntablist bersama-sama DJ Uno of Pop Shuvit dan DJ Cza of Ahli Fiqir.
Selain Malaysia, DJ Fuzz turut diundang menjadi DJ di negara-negara Asia seperti Jepun, Taiwan, China dan lain-lain.
Selain itu, DJ Fuzz turut dilantik sebagai wakil untuk Bum Squad DJz dan turut menubuhkan akademi DJ - Mixology DJ Academy pada tahun 2006. Akademi tersebut terletak di Amcorp Mall, Petaling Jaya dan telah pun dibuka cawangannya di Perangin Mall, Pulau Pinang. Idea untuk menubuhkan akademi ini dicetuskan oleh Altimet dan DJ Fuzz mula mengadakan tutor secara kecil-kecilan di rumah bersam beberapa kanak-kanak dan remaja. Lama-kelamaan, tutor DJ Fuzz mula mendapat sambutan ramai dan DJ Fuzz kemudian menyewa rumah kedai di Kelana Jaya untuk menampung kapasiti kelas yang besar. Kemudian, barulah DJ Fuzz berpindah ke Ampcorp Mall untuk serius dalam mengajar cara untuk menjadi DJ.
Kini, DJ Fuzz sibuk dalam menghasilkan buku mengenai selok-belok dunia seorang DJ. Antara sebab DJ Fuzz nekad untuk membuat buku kerana faktor kurangnya pendedahan terhadap profesion DJ di kalangan masyarakat Malaysia. Buku itu yang masih berada di peringkat penulisan dan berbahasa Inggeris itu, ditulis berdasarkan pengalaman DJ Fuzz selama 11 tahun dalam bidang ini. Buku yang ditulis sejak Mac tahun lalu dijangka siap pada pertengahan 2011.
INI YANG KORANG TAK TAU:
1. Nama sebenar DJ Fuzz ialah Farzwa De Attaher Emir dan merupakan anak kepada pembaca berita veteran Farit Ismeth Emir.
2. Sejak menubuhkan Mixology DJ Academy pada tahun 2006, DJ Fuzz sudahpun berjaya mendidik hampir 100 orang pelajar yang kini bergelar DJ.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/pages/DJ-Fuzz/10828061355
MYSPACE: http://www.myspace.com/fuzzmatazz
TWITTER: http://twitter.com/djfuzzbsdj
WEBSITE: http://www.djfuzz.com.my/
SINGLE/ALBUM
DJ Fuzz - Mixology [2004]
DJ Fuzz & Malique - KO The Mixtape [2009]
Single - Cerita Kedai Kopi (duet bersama Malique) [2009]
Single - Khayal(RMX)(duet bersama Malique) [2009]
DJ Fuzz - Mixology 2 Mixtape [2008]
DJ Fuzz - Mixology 3 [2010]
MizzNina ft Theo Martin & DJ Fuzz - Get It [2011]

No comments:
Post a Comment