KRU
KRU merupakan sebuah pop group yang ditubuhkan pada tahun 1992. Mempunyai 3 orang adik-beradik – Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim, KRU membawa genre muzik pop, R&B, dan Rap. Mula meminati muzik sejak kecil lagi apabila mereka berada di London. Pengaruh muzik di sana membuatkan minat mereka berkembang dan berjaya membuat lagu untuk pasukan bola sepak Selangor iaitu Viva Selangor.
Sejak itu, mereka mula menulis lagu hinggalah Norman masuk ke kolej. Salah seorang rakan Norman telah menghantar demo kepada EMI dan EMI bersetuju mengambil mereka sebagai artis rakaman. Mereka diberi nama sebagai KRU (Kumpulan Rap Unggul).
Sepanjang pembabitan mereka dalam industry muzik Malaysia, hampir 15 buah album telah dihasilkan dan mereka menerima pelbagai anugerah bagi member penghargaan terhadap kerja keras mereka.
Kemudian, KRU turut menyertai pelbagai jenis perniagaan yang masih berkaitan dengan muzik. Mereka menubuhkan KRU Studio – sebuah record label yang turut membuat proses rakaman sendiri termasuk beberapa artis lain. Selain album, KRU turut menghasilkan filem, korporat filem, video muzik dan buku.
Antara filem yang dihasilkan KRU Studio ialah Cicak-Man, Duyung, Cicakman 2 – Planet Hitam, Jin Notti, My Spy, Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa.
Kini, KRU tampil dengan single terbaru yang berjudul Ganas dan akan juga muncul dengan beberapa single lain dalam masa terdekat.SINGLE/ALBUM
Kyoto Protocol
TAHUN AKTIF: 2008 - KiniGENRE: Alternatif
SYARIKAT RAKAMAN: Monsoon Records
Kyoto Band menubuhkan band mereka pada tahun 2008 dan menyertai Yamaha Asian Beat Competition di Kuala Lumpur. Namun nasib tidak menyebelahi mereka dan mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu. Kyoto Protocol tidak mengalah dan masih mencuba nasib dengan menyertai Global Battle of the Bands Malaysia (GBOB). Namun, mereka masih tidak berjaya. Antara persembahan yang Kyoto Protocol sertai ialah Urbanscapes dan juga Rock The World 9.
FACEBOOK: http://www.facebook.com/kyotoprotocol
MYSPACE: http://www.myspace.com/KPBand
TWITTER: http://twitter.com/#!/KyotoBand
YOUTUBE: http://www.youtube.com/KyotoBand
SINGLE/ALBUM



No comments:
Post a Comment