Monday, August 1, 2011

L



Laila's Lounge

TAHUN AKTIF: 1998 - Kini

GENRE: Rock Alternatif

Laila's Lounge memulakan perjuangan muzik mereka pada tahun 1998 dan berasal dari Johor Bharu. Mereka mula dikenali setelah lagu Mawar Khayalan digunakan sebagai lagu tema untuk KAMI The Movie malah turut dimuatkan dalam album KAMI Vol II.

Laila's Lounge secara rasminya diasaskan oleh Hadi (vokal), Bai (gitar) dan Icham (Gitar). Kemudian, Bulat (Bass), Sham (Drum) dan Ajeep (Keyboards) menyertai mereka untuk melengkapkan lagi Laila's Lounge.

Namun, tidak berapa lama selepas itu, Sham dikatakan mempunyai masalah peribadi dan diganti oleh Just. Kemudian, Just dan Bulat turut meninggalkan band berkenaan dan diganti oleh Anaz dan David.

Hadi yang kecewa dengan Laila's Lounge turut keluar dari band berkenaan dan berhijrah ke Kuala Lumpur dan menyertai kumpulan teater yang bernaama Sanggar Karya. Bai yang tinggal seorang pada masa itu turut berputus asa dan meninggalkan band tersebut.

Sehinggalah pada tahun 2004, Anaz telah berjaya memujuk Bai dan Icham untuk menyambung perjuangan muzik Laila's Lounge. Kemudian, mereka bersama-sama Toya bekerja untuk lagu terbaru mereka dan berjaya menyatukan kembali Hadi pada tahun 2006.

Tahun 2008 boleh dikatakan tahun kemuncak Laila's Lounge apabila mereka banyak terlibat dengan "gig-gig indiependent" serta beberapa siri konsert "KAMI The Gig" Dalam pada masa ini, mereka bersetuju untuk menggunakan khidmat Wandi (Novelea) selaku pemain "keyboard sessionist" dan terus kekal sehingga ke hari ini. Namun, beberapa bulan kemudian, mereka berhadapan dengan rombakan "line-up" yang ketara. Ianya bermula selepas vokalis asal mereka (Hadi) membuat keputusan untuk menarik diri. Lantas, mereka sebulat suara merekrut Shahrul bagi mengisi kekosongan. Pemilihan yang boleh dikatakan tidak mengecewakan kerana bakat semulajadi yang dimilikinya seiras vokalis asal mereka namun mempunyai gaya dan karekternya yang tersendiri.

Pada awal tahun 2009, Icham membuat keputusan untuk mengundur diri dari terus berkarya atas faktor komitmen terhadap kerjaya dan rumah tangga yang baru dibina. Posisinya diganti oleh seorang "drummer" berpengalaman yang juga kenalan rapat (Lin, kini bermain untuk The Bluebirds) selaku "sessionist drummer" sementara. Dalam pada masa yang sama, mereka bersepakat untuk menukar nama Laila's Lounge atas faktor pembawakan identiti yang berbeza. Bermula dari titik inilah, kedua-dua "line-up" asal band ini iaitu Faidzal (Bai) dan Azhari (Toya) mula membuat sedikit demi sedikit perubahan dari segi "structure music" dan "arrangement" dalam pembikinan lagu mereka. Mereka kembali muncul dengan memainkan beberapa petik lagu yang diambil dari "Ep - Kosong" (Mawar Khayalan, Wajah) dengan beberapa material baru seperti Fatal, Seru & Panik Maka disinilah terlahirnya, Laila.

Selepas beberapa bulan kemunculan Laila, "bassist" mereka (Anaz) membuat keputusan untuk tidak terus kekal bersama atas sebab-sebab peribadi. Oleh itu, mereka telah merekrut Nazry (ex-The Times) bagi mengisi ruang yang ditinggalkan. Dalam pada masa yang sama, mereka melantik Safwan (Twenty Six Eleven) selaku "drummer" tetap. Berbekalkan kebolehan semulajadi yang dimiliki serta idea-idea yang lebih "provocative" maka lengkaplah gabungan barisan askar Laila.

MYSPACE: http://www.myspace.com/lailaband

SINGLE/ALBUM

EP - Kosong



Liyana Jasmay

TAHUN AKTIF: 2006 - Kini

GENRE: Rock / Pop

SYARIKAT RAKAMAN:Regal-Way Marketing Sdn Bhd

Terkenal dengan lakonan yang mantap dan hebat, Liyana Jasmay kemudian mencuba nasib dalam bidang nyayian pula. Mula berkecimpung dalam bidang lakonan sejak berusia 9 tahun sebagai pelakon pembantu drama kanak-kanak dalam 'Si Lembik', Liyana Jasmay disifatkan oleh media dengan daya penarik kegadisan, senyuman manis, mata yang penuh perasaan dan bibir bermuncung, berpadanan dengan keyakinan yang ditonjolkan apabila menyentuh mengenai lakonan beliau.

Pelbagai anugerah dan pengiktirafan diterima oleh Liyana Jasmay atau selesa dipanggil Nana sepanjang penglibatan beliau dalam industri lakonan ini. Penghargaan yang cukup bermakna dan terbaik yang diterima oleh Liyana Jasmay ialah di Festival Filem Malaysia ke-22 sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Papadom.

Liyana Jasmay kini sedang melanjutkan pengajiannya di Kolej Sunway dalam Diploma Seni Persembahan dan dijangka tamat pengajian tidak lama lagi. Walaupun sibuk dengan penggambaran filem dan drama, minat Liyana Jasmay terhadap muzik tetap ada. Tahun 2009, Liyana Jasmay telah mengeluarkan album mini yang mengandungi 5 buah lagu.


INI YANG KORANG TAK TAU:

1. Sebagai duta Maybelline, Liyana Jasmay telah merakamkan lagu tema untuk satu rancangan realiti yang berjudul Simply Fabulous bersama-sama Sasi The Don dan Reefa.

2. Liyana Jazmay juga muncul dalam video muzik lagu Salahku oleh kumpulan Sofaz.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/pages/liyana-jasmay/28380250825
MYSPACE: http://www.myspace.com/11306156
TWITTER: http://twitter.com/#!/LiyanaJasmay
WEBSITE: http://www.lovejunkie.com.my

SINGLE/ALBUM

Liyana Jasmay [2009]

No comments:

Post a Comment