Monday, August 1, 2011

J



James Baum

TAHUN AKTIF: 2004 - Kini

GENRE: New Wave / Pop / R&B

SYARIKAT RAKAMAN: Red Room Studio

Dari soundtracks ke mencipta lagu untuk artis, James Baum sudah menceburi bidang ini lebih dari 10 tahun. James Baum banyak bekerjasama dengan penerbit lagu untuk menghasilkan lagu yang berkualiti dan menarik. Selain mencipta muzik, James Baum juga merupakan pemilik Red Room Studio di mana beliau cuba mengetengahkan bakat baru yang mahu menceburi bidang muzik. Di studio ini jugalah James Baum berpeluang untuk mengembangkan bakat beliau sebagai penyanyi, penulis lirik dan penerbit.

James Baum mempunyai beberapa single yang turut diputarkan di corong-corong radio tempatan seperti "Locked In Love", "Soldier" dan "Skirts". Malah James Baum turut bekerjasama dengan penerbit dari Jerman serta mendapat perhatian dari masyarakat antarabangsa terutamanya dari Jepun.

James Baum mula dikenali apabila lagu 'Skirt' mula diputarkan dengan kerapnya di Hitz. fm. Lagu tersebut berjaya mendapat tempat pertama untuk 6 minggu berturut-turut dalam carta Hitz.fm. Lagu 'Skirt' ini turut mendapat kerjasama dari beberapa orang penting dalam industri seperti penerbit dan penyanyi Damian Shorty Soul untuk vokal(verse kedua dalam lagu ini), mixed dan mastered oleh Reshmonu. AJ dan JD dari Pop Shuvit menyumbang dari segi peralatan muzik seperti gitar dan bass. Video muzik 'Skirt' turut disiarkan di Hitz.TV.

James Baum yang merupakan seorang pemegang diploma Audio In Engineering - pernah bersama-sama dengan Poetic Ammo untuk album kedua mereka - 'The World Is Yours' bagi 3 lagu iaitu "All About The Hookup, We Hit Em Up Too' dan 'Intellectual Poetry'. Selepas itu, James Baum menyertai mereka sebagai penulis lagu dan bekerja untuk Poetic Ammo selama setahun.

Selain itu, James Baum turut menyumbang lagu untuk Dayang Nurfaizah dalam album terbaru yang berjudul 'Ku Ingin'. Turut bekerjasama dengan Dina, James Baum telah mencipta lagu 'Are Y'all With Me'. James Baum juga telah menulis dan mencipta 2 lagu berbahasa Melayu untuk lagu tema bagi filem Evolusi KL Drift. Lagu tersebut berjudul 'KL Drift' dan 'Buatan Berbisa'. Bukan setakat lagu, malah James turut menerbitkan album untuk seorang artis iaitu Mahadhir yang juga bekas ahli kumpulan hip hop Urban Method.

INI YANG KORANG TAK TAU:

1. James Baum pernah menubuhkan band yang diberi nama Azrael sejak berusia 16 tahun.

2. James turut dikenali sebagai Jimbo.

3. James Baum mempunyai darah Scottish, Laotian, German dan Chinese di mana ayah James berketurunan Jerman manakala ibu beliau berketurunan Sino-Indian.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/pages/James-baum/153037107320
MYSPACE: http://www.myspace.com/jamesmbaum

SINGLE/ALBUM

EP - Backstage [200]
My Lead [2011]



Joanna & Co

TAHUN AKTIF: 2006 - Kini

GENRE: Folk Rock / Pop / Rock

SYARIKAT RAKAMAN: Lutsinar Records

Joanna & Co ditubuhkan pada tahun 2006 dengan dianggotai oleh seorang gadis dan 3 orang jejaka. Semuanya bermula apabila Joanna Renisa (vokalis) mengepos lagu gubahan beliau ke laman web Myspace. Sejak itu, rezeki mereka datang apabila lagu mereka dimainkan di radio XFresh.

Single pertama mereka - Aku Pelangi kerap diputarkan di corong radio dan lagu tersebut mempunyai elemen jazz yang menyenangkan hati dan telinga yang mendengar. Joanna & Co dianggotai oleh Joanna (vokalis), Ijam (Gitar), Kusha (Bass) dan Farid (Drum).

Kebanyakan lagu Joanna & Co mendapat sentuhan Ijam yang mempunyai unsur catchy yang tersendiri. Manakala lirik pula banyak ditulis oleh Joanna yang pernah mendapat nasihat daripada seorang komposer.


INI YANG KORANG TAK TAU:

1. Joanna & Co. mempunyai trademark mikrofon lama dan selendang warna pelangi yang tergantung di tiang mikrofon tersebut semasa membuat persembahan.

2. Joanna sudah mula menyanyi pada usia 7 tahun bersama-sama kumpulan Harmonee untuk majlis di hotel untuk acara kanak-kanak.

3. Joanna sering merujuk Kamus Dewan sebelum menulis sesebuah lagu.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/joannaandco
MYSPACE: http://www.myspace.com/joannaco
TWITTER: http://twitter.com/joannaandco

SINGLE/ALBUM

Single - Aku Pelangi [2008]
Single - Lutsinar [2009]
Single - Miko [2010]
Single - Kalau Cinta [duet bersama Aliff Aziz] [2011]


No comments:

Post a Comment