A.P.I
TAHUN AKTIF: 2007 - Kini
GENRE: Indie
AHLI:
1. Noh (Hujan)
2. Lan (Azlan & The Typewritter)
3. Din Homatov (Estranged)
4. Imran (One Buck Short)
5. AJ (Pop Shuvit)
6. loQue (Monoloque/Butterfingers)
Diasaskan oleh Loque dari Monoloque atau Butterfingers, Loque sudah lama menyimpan hasrat untuk menubuhkan sebuah supergroup yang dianggotai oleh bakat-bakat hebat dan pakar dalam muzik masing-masing. Perkara ini sudah tertanam di lubuk hati beliau sejak Loque bersama-sama dengan Butterfingers. Namun, beliau terpaksa melupakan hasrat itu untuk sementara waktu bagi memberi fokus kepada muzik dan perjuangan Butterfingers yang sudah tertubuh hampir 15 tahun itu.
Sebaik sahaja Butterfingers mengumumkan persaraan mereka, Loque tidak menunggu lama untuk meneruskan legasi seninya menerusi karakter baru ciptaannya, A.P.I. Biarpun sibuk dengan jenama baru menerusi kumpulannya, Monoloque, namun untuk Loque, dia mahu memberikan santapan baru menerusi A.P.I yang telah meledak dengan lagu mereka, Pelita.
Sememangnya penubuhan band ini amat mengujakan bagi Loque kerana inilah saat di mana beliau dapat menunjukkan kepada masyarakat bahawa industri seni tempatan sebenarnya mempunyai banyak bakat yang masyarakat kurang beri perhatian.
Kumpulan ini terdiri daripada Imran dari kumpulan One Buck Short, pemain gitar Estranged, Din Hormatov serta AJ yang merupakan pemain bass Pop Shuvit. Keunikan dan kekuatan band ini dikuatkan lagi dengan gabungan mantap dua vokalis iaitu Noh dari kumpulan Hujan dan Azlan dari Typewriter yang masing-masing mempunyai keunikan tersendiri.
Single pertama mereka - Pelita kerap diputarkan di corong radio dan menjadi siulan ramai. Yang lebih membanggakan apabila lagu ini turut menjadi salah sebuah daripada 14 buah lagu yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 25 (2010). Walaupun tidak memenangi di anugerah tersebut, Loque bangga kerana berjaya menjadi salah satu lagu yang mara ke peringkat akhir.
Idea untuk lagu Pelita bermula ketika Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) meminta Loque untuk mencipta lagu tema bagi filem Hooperz. Dan saat itu, Loque cukup yakin bahawa projek A.P.I amat sesuai untuk membawa lagu ini. Lirik yang tidak kompleks dan rumit turut diakui oleh Loque di mana Pelita merupakan lagu yang cukup ringkas tetapi pantas menangkap halwa telinga.
A.P.I dikatakan membawa maksud Angkatan Pemuzik Indie, namun Loque tidak akan menjelaskan maksudnya kerana inilah strategi beliau untuk A.P.I. Beliau hanya berharap agar sampai suatu ketika, orang ramai akan tahu maksudnya.
INI YANG KORANG TAK TAU:
1. Sepanjang empat tahun, Loque ulang alik dari Kuala Lumpur ke Boston, Amerika Syarikat hanya untuk mengenal pasti mereka yang benar-benar layak untuk menganggotai supergroup ciptaan Loque ini.
2. Pada awalnya, Loque mahu menamakan kumpulan ini sebagai Gangga Negara agar ia kelihatan klasik tetapi apabila difikirkan maksudnya, beliau rasa ia tidak sesuai.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/pages/API-band/155758927805817?v=info
SINGLE/ALBUM
Single - Pelita (OST Filem Hooperz)

FACEBOOK: http://www.facebook.com/altimetonline?v=app_178091127385
MYSPACE: http://www.myspace.com/djaltimet
TWITTER: http://twitter.com/altimet
YOUTUBE: http://www.youtube.com/user/djaltimet
WEBSITE: http://www.altimetonline.com/
SINGLE/ALBUM
Altimet
TAHUN AKTIF: 1995 - Kini
GENRE: Hip Hop / Rap
SYARIKAT RAKAMAN: Powder / Kartel Record
Perjalanan seni Altimet bermula pada tahun 1995 apabila beliau mengeluarkan album Naughtius Maximus. Muzik Hip Hop yang berkembang pantas pada masa itu memaksa Altimet untuk belajar dengan lebih mendalam tentang penulisan dalam muzik Hip Hop.
Kemudian, Altimet menyertai Teh Tarik Crew pada 1999 di bawah pengurusan Teh Terik Crew Records. Teh Terik Crew mengeluarkan EP yang berjudul 'Are We Rap Stars Now?' dan menjual EP berkenaan di gig-gig tempatan. Kemudian Teh Tarik Crew mula merakam album penuh yang berjudul 'How's The Level?' dan berjaya mendapat pencalonan di Anugerah Industri Muzik (AIM 2004). Teh Tarik Crew tampil dengan album kedua yang berjudul 'What's Next?' yang juga mendapat pencalonan dalam AIM 2005. Yang lebih membanggakan, orang penting yang menghasilkan kedua-dua album Teh Tarik Crew itu ialah Altimet yang menjadi Executive Producer/ A&R. Teh Tarik Crew juga menghasilkan album kompilasi mixtape 'Mixology' pada tahun 2004 dan bekerjasama dengan artis lain untuk album itu.
Selain Teh Tarik Crew, Altimet juga bekerja sebagai artis solo, producer, penulis lirik, komposer dan bekerja dengan ramai artis tempatan seperti Poetic Ammo, Too Phat dan Soulid, Gerhana Ska Cinta, Spacebar, Ruffedge, V.E., Reshmonu dan Kaer. Altimet juga telah menjadi penulis lirik dan komposer untuk album Ahli Fiqir (Hari Ini Dalam Sejarah) dan Too Phat (Plan B).
Oleh kerana terlalu minat terhadap dunia mixing, Altimet telah menubuhkan Mixology DJ Academy - sebuah institusi yang mengajar tentang mixing dan turntablism kepada masyarakat. DJ Fuzz merupakan pengasas bersama institusi ini.
Altimet juga merupakan seorang A&R Manager untuk Powder Records - sebuah independent record label di mana Ahli Fiqir merupakan salah satu artis di bawah pengurusan tersebut. Altimet telah bekerja untuk album Ahli Fiqir dan berjaya meraih anugerah di Anugerah Planet Muzik (APM) Singapura. Selain itu, Altimet juga bekerja sebagai Creative Director di Purplenotez Publishing.
Pada Februari 2011, Altimet telah mengikuti siri jelajah 'UK And Eire Tour Monoloque dan Altimet' yang fokus kepada empat buah bandar di UK iaitu Warwick, Nottingham, Dublin dan London.
INI YANG KORANG TAK TAU:
1. Kumpulan Negara ke United Kingdom (KNUKE) adalah organisasi yang menjadi tulang belakang di dalam siri jelajah UK And Eire Tour Monoloque dan Altimet pada Februari 2011. KNUKE telah berjaya membawa kumpulan-kumpulan indie seperti Hujan, Estrella, Seven Collar t-Shirt, dan Couple membuat persembahan di negara itu sejak 2008.
2. Maksud 'Jian' untuk album Altimet ialah 'Penjaga' atau 'Pedang Bermata Dua'
3. Altimet sayu bila bercerita mengenai lagu Aku Tahu yang ditulis untuk bapanya yang mengisahkan hubungan antara seorang bapa dan anak lelakinya.

First Among Equals [2007]
Jian [2009]
Aku [2010]
Single - Chantek [2008]
Single - Syukur [2009]
Single - Maafkan Kami [2010]
Single - Kotarayaku [2011]
Single - Kalau Berpacaran [2011]

MYSPACE: http://www.myspace.com/awanberaraklalu
TWITTER: http://twitter.com/awanband
SINGLE/ALBUM
Awanband
TAHUN AKTIF: 2007 - Kini
GENRE: Indie / Jazz / Rock
Ahli Kumpulan:
- Ully (Gitar Utama)
- Boboi (Gitar Kedua)
- Ijan (Drum)
- Faris (Vokal)
- Hasnur (Basist)
SYARIKAT RAKAMAN: Indie
Awanband ditubuhkan sekitar 2007 apabila 5 anak muda ini mempunyai minat muzik yang sama. Bereskperimen dengan muzik jazz dan rock, Ijan dan Boboi begitu ghairah dalam menghasilkan muzik aliran mereka sendiri. Selang beberapa bulan, Dugong, pemain basist Awanband telah keluar dari kumpulan mereka untuk bersama-sama Hujan. Begitu juga dengan Paily, vokalist Awanband yang mempunyai komitmen pelajaran.

EP Awanband

FACEBOOK: http://www.facebook.com/AzlanAndTheTypewriter
MYSPACE: http://myspace.com/azlanandthetypewriter
SINGLE/ALBUM
Azlan & The Typewriter
TAHUN AKTIF: 2009 - Kini
GENRE: Modern Alternative Indie Rock
AHLI KUMPULAN:
Lan - Vocalist
Syed Al-Bakri - Drummer
Daud - Lead Guitar
PakíKu - Bass
SYARIKAT RAKAMAN: Satu Entertainment Sdn Bhd
Azlan & The Typewriter muncul setelah vokalis utama kumpulan ini, Azlan keluar dari kumpulan Meet Uncle Hussain. Cenderung ke arah muzik moden alternatif rock, Azlan & The Typewriter cuba membawa kelainan dan tidak mahu disamakan dengan kumpulan Meet Uncle Hussain. Azlan atau Norazlan Roslee bertanggungjawab untuk mengembangkan muzik kumpulan ini dan ia terbukti dengan album Peta Minda yang masih dalam pembikinan. Single dari Azlan & The Typewriter sudah diputarkan di corong radio dan mendapat sambutan ramai dan album Azlan & The Typewriter bakal dipasarkan tidak lama lagi.
INI YANG KORANG TAK TAU:
1. Gerak Hati, salah satu single Azlan & The Typewriter merupakan sebuah karya membicarakan naluri insan yang hakikatnya mempengaruhi tindakan, gerak laku atau permainan jiwa demi mencapai impian diingini.
2. Azlan dan Satu Entertainment Sdn. Bhd. menganjurkan pertandingan Pembikinan Video Muzik lagu Gerak Hati bergandingan dengan Celcom U.O.X (Xpac) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (Mdec) khas untuk peminat mereka.

Petaminda Vol. 1 [2009]

No comments:
Post a Comment