Monday, August 1, 2011

H



Hujan

TAHUN AKTIF: 2005 - Kini

GENRE: Alternative Rock / Pop

Hujan mula aktif pada tahun 2005 apabila Noh menggunakan Myspace untuk meletakkan demo Hujan. Sejak itu, peminat Hujan mula berkembang dan pada tahun 2006 Hujan menubuhkan band mereka. Sebagai permulaan, Hujan menghasilkan EP pertama mereka iaitu '1, 2, 3 Go?' dan mula membuat persembahan di seluruh Malaysia. Pada tahun 2008, Hujan mula popular dengan single 'Pagi Yang Gelap' dan 'Bila Aku Sudah Tiada' yang kerap dimainkan di corong radio pada masa itu.

Pada tahun 2009, Hujan telah membuat tour di United Kingdom atas jemputan pelajar Malaysia di sana. Jelajah Hujan ke UK juga adalah untuk mempromosikan dua buah EP Hujan iaitu '1 2 3 Go? dan 'Check Check Rock Rock'. Hujan telah membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield dan Cardiff.

Dalam masa setahun juga, Hujan mempunyai 8 buah single yang popular dan kerap diputarkan di corong radio. Album pertama Hujan yang dikeluarkan pada tahun 2008 begitu mengujakan peminat Hujan atau digelar Raingers. Album tersebut berjaya melayakkan Hujan memenangi pelbagai anugerah serta mendapat banyak pencalonan dalam anugerah berprestij tempatan.

Setakat ini, Hujan sudah pun mempunyai 3 album penuh yang berjaya dipasarkan termasuklah di Indonesia, Singapura dan lain-lain negara Asia.


INI YANG KORANG TAK TAU:

1. Selain pemain keyboard Hujan, Dimas yang banyak membantu memudahkan aliran kerjaya Hujan di Indonesia, Asik, selaku pengurus The Changcutters (kumpulan indie dari Indonesia) juga banyak mempermudahkan perjalanan Hujan mempromosi label muzik mereka di Indonesia.

2. Video muzik 'Mencari Konklusi' dibuat di Bandung, Jakarta dengan usaha sama Channel (V) termasuk menampilkan Scha Alyahya dan aktor Indonesia, Fauzi Baadila sebagai pelakon.


FACEBOOK: http://www.facebook.com/HujanBand
MYSPACE: http://www.myspace.com/kugiranhujan
TWITTER: http://twitter.com/hujanband
YOUTUBE: http://www.youtube.com/user/bandmusichujan
WEBSITE: http://www.hujan.org

SINGLE/ALBUM

EP - 1 2 3 GO? [2007]
EP - Check Check Rock Rock [2007]
abcdefgHUJANopqrstuvwxyz [2008]
Mencari Konklusi [2009]
Lonely Soldier Boy [2010]

No comments:

Post a Comment