Sunday, July 31, 2011

S



SevenCollar T-shirt

GENRE:
Alternative / Rock

SYARIKAT RAKAMAN:
Laguna Music

SevenCollar T-Shirt merupakan salah satu band Inggeris tempatan yang sudah bertapak di industri muzik Malaysia untuk lebih 10 tahun. 'Drones', album Inggeris kedua yang telah membawa kejayaan besar untuk SevenCollar T-Shirt di mana telah membawa mereka menempah nama di Asia Tenggara dan United Kingdom. Kemudian, mereka menghasilkan album ketiga - 'The Great Battle' yang mana lebih mantap dan padat berbanding album 'Drones'. Album itu ditunggu-tunggu oleh pengkritik muzik dan peminat serta diiktiraf sebagai usaha terbaik untuk album Inggeris tempatan. Malah, album The Great Battle telah mendapat 2 pencalonan untuk AIM 17.


INI YANG KORANG TAK TAU:

1. SevenCollar T-Shirt mendapat nama kumpulan mereka kerana minat kepada legenda bola sepak, Manchester United, Eric Cantona yang memakai jersi nombor tujuh.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/sevencollart-shirt
MYSPACE: http://www.myspace.com/scts
TWITTER: http://twitter.com/sevencollar


SINGLE/ALBUM

Freeway, Dreaming & Broke [2002]
Drones [2004]
The Great Battle [2009]



Spider

TAHUN AKTIF: 1996 - Kini

GENRE: Rock / Punk Rock / Ska

SYARIKAT RAKAMAN: Luncai Emas Sdn Bhd

Spider yang ditubuhkan pada tahun 1996 dan berasal dari Johor Bharu mula terkenal setelah album pertama mereka yang berjudul 'Ngam Ho' dikeluarkan pada tahun 1999. Bakat Spider telah diasah oleh M. Nasir di bawah syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd. Antara lagu popular untuk album pertama mereka 'Mungkinkah Terjadi' dan begitu digilai peminat.

Pada tahun 2002, muncul pula album kedua yang berjudul 'Aladin' dan berjaya dijual sebanyak lebih dari 60,000 unit. Antara lagu yang kerap diputarkan di corong radio ialah Aladin, Kekal, Kasih Latifah, Kau Saja dan Laukku Cukup Masin.

Spider tampil dengan album ketiga pada tahun 2004 - Nazraku. Album ini berjaya memenangi anugerah Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-12. Selain itu, lagu hit dalam album ini 'Relaku Pujuk' telah berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu 2004. Spider turut mendapat peluang untuk membuat persembahan di Planet Hollywood dan Broadway Entertainment telah merakamkan persembahan mereka untuk dijadikan VCD.

Mempunyai bakat yang besar, Aladin turut diundang oleh M. Nasir untuk sama-sama merakamkan lagu 'Mentera Semerah Padi' yang dimuatkan dalam album kompilasi M. Nasir. Selain mencipta lagu sendiri, Spider turut mencipta lagu untuk penyanyi Malaysia lain seperti Kristal, Spin, Exist, Farah Dhiya dan Amy Mastura.

Spider turut membintangi filem-filem tempatan seperti 'Bintang Hati' manakala untuk VCD Telemovie mereka berlakon untuk 'Gosok', 'Gosok 2' dan 'Laukku Cukup Masin'.

Tahun 2007 menyaksikan album keempat mereka dipasarkan dan salah satu lagu dalam album ini - Telinga Ke Tulang telah dijadikan lagu tema untuk filem Cicakman. Tam Spider turut merakamkan lagu tema untuk filem Castello yang berjudul 'Sesat Dalam Gelita'.

Setelah lama menyepikan diri, Spider muncul dengan album terbaru pada tahun 2010 - Kita Satu. Album ini mempunyai 7 buah lagu dan antara lagu yang popular ialah Ajaib dan Kita Satu. Lagu Kita Satu merupakan kesinambungan daripada lagu Relaku Pujuk dan masih mengekalkan unsur ska dalam lagu ini.

Untuk tahun 2011 ini, Spider akan membuat persembahan untuk Konsert Untukmu Loloq yang diadakan pada April 2011 di Istana Budaya. Arwah Loloq yang banyak terlibat dalam proses penyiapan album Spider sebelum ini membuatkan Spider begitu terasa kehilangan beliau. Album Kita Satu yang dihasilkan tanpa Loloq membuat Spider hampir patah semangat.


INI YANG KORANG TAK TAU:

1. Lagu Kita Satu dalam album kelima Spider merupakan kesinambungan daripada lagu Relaku Pujuk dan masih mengekalkan unsur ska dalam lagu ini.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/#!/spider.my
MYSPACE: http://www.myspace.com/kipassusahmatispider

SINGLE/ALBUM

Ngam Ho [1999]
Aladin [2002]
Nazraku [2004]
Spider Live @ Planet KL [2005]
Sarang Hits [2006]
Bintang 12 [2007]
Kitasatu [2010]
Single - Mentera Semerah Padi (duet bersama M. Nasir) [2003]
Single - Dunia Batinku (duet bersama Ella) [2005]



Statik

TAHUN AKTIF: 2004 - Kini

GENRE: Electro / Powerpop / Punk

Ditubuhkan pada tahun 2004, Statik berasal dari Skudai, Johor Bahru di mana antara line-up terawalnya ialah Enol dan Hassan. Ketika itu Enol dan Hassan juga mempunyai komitmen bersama The Official. Oleh kerana itu, Statik hanyalah sekadar band sambilan pada mereka, dan pertukaran line-up sering berlaku.

Setelah berjuang bersama The Official, mereka berundur dari The Official pada tahun 2007.Dalam masa yang sama, Haziq iaitu adik kepada vokalis The Official pula mempunyai komitmen bersama band yang ditubuh olehnya sendiri iaitu The Related, namun atas sebab-sebab tertentu, Haziq membubarkan The Related.

Setelah masing-masing tiada ikatan pada mana-mana band, mereka bertiga mula berkerjasama untuk menghidupkan semula Statik.Bermula pada Julai 2008, Statik kembali aktif, dan sehingga kini, dengan gabungan idea dan ilham mereka bertiga setelah masing-masing melalui pengalaman bermain muzik dalam band-band tertentu, Statik masih lagi berkerja keras untuk menghasilkan karya-karya baru untuk anda semua.

Kini Statik dianggotai oleh Haziq @ Bagak sebagai vokalis dan gitaris, Hassan @ Elektro Statik sebagai bassis, dan Enol sebagai pemain drum.

FACEBOOK: http://www.facebook.com/#!/pages/Statik/270093351920
MYSPACE: http://www.myspace.com/statiksound
TWITTER: http://twitter.com/statiksound

SINGLE/ALBUM

Statik [2010]

No comments:

Post a Comment